Gambar kursus sebelum ini
Sebelum ini beberapa siri kursus laman web, PHP dan perniagaan internet telah diadakan di beberapa lokasi berbeza. Selain dari
mengadakan workshop hands-on, seminar dan talk juga ada dibuat atas jemputan penganjur di universiti, kolej dan persatuan.












Kemudahan yang disediakan
KelasInternet.Com menyediakan tempat kursus yang selesa buat peserta mengikuti kelas/seminar. Kami menyediakan kerusi dan meja yang selesa dengan penghawa dingin yang mencukupi untuk perjalanan kelas yang selesa sepanjang hari.
Kami juga menyediakan ruang rehat untuk peserta menghilangkan penat semasa waktu rehat dan juga minuman percuma. Kemudahan asas lain seperti ruang solat dan tandas yang bersih juga disediakan.
Kemudahan lain yang disediakan untuk pengajaran/pembelajaran termasuk white board, projector dan juga akses wireless ke internet.
Kemudahan parking yang banyak di sekitar kawasan tempat latihan. Banyak tempat kosong jika datang sebelum pukul 10 pagi (sebelum kedai dibuka). Restoran dan kedai-kedai serbaneka juga terdapat disekitar kawasan ini.





